Hello!
Welcome to my simple triple blog, i`m Fawwaz Dalila..thanks for visited my blog, nice to meet you! Do follow!!! Want to be my friends or enemies???


Tagboard!



My Cute Post

Thanks Cute Bear

Template 100%: Atin Tory
Editor:Fawwaz Dalila
Help:
Pergerakan Pengakap
Jumaat, 18 April 2014 | 6:08 PTG | 0 comments

Powel ialah bekas anggota  tentera  berpangkat Leftenan Jeneral . Selepas penubuhan Pergerakan Pengakap, beliau memperkenalkan Pandu Puteri (" Girl Guides ") pada tahun 1910 dengan bantuan saudara perempuannya, Agnes Baden-Powell . Pada tahun 1910, Pergerakan Pengakap bermula di Malaysia.      
Sekumpulan kecil Kumpulan Pengakap ditubuhkan pada tahun 1908 diberikan hak memakai saputangan hijau sebagai penghormatan keahlian mereka bagi kumpulan perintis.
Pergerakan Pengakap merebak ke seluruh United Kingdom tidak lama selepas penerbitan Scouting For Boys . Pergerakan Pengakap dengan pantas menjadi organisasi tersendiri. Pergerakan Pengakap berjalan dengan pantas ke seluruh Empayar British. Unit luar yang pertama disah dan dicatatkan (chartered) di Malta . Benih Pengakap bermula di Mafeking , Afrika Selatan , di mana Baden Powell berkhidmat sebagai pegawai pemerintah ketika Perang Boer 1899 - 1902. Baden-Powell mempertahankan bandar tersebut daripada Boers ( Afrikaner ), yang berganda lebih besar jumlahnya berbanding anggotanya pada nisbah lapan kepada satu. Dia membentuk Kor Kadet Mafeking untuk membantu menyokong anggota tentera. Kor tersebut dianggotai sepenuhnya oleh sukarelawan remaja lelaki. Baden-Powell melatih pemuda tersebut dan mereka membuktikan diri mereka dengan baik, membantu mempertahankan bandar tersebut dengan jayanya (1899 - 1900). Setiap anggota Kor Kadet menerima lencana, gabungan titik kompas dan kepala lembing. Logo ini akhirnya menjadi fleur-de-lis , yang diambil Pengakap sebagai simbol antarabangsanya.        
Batu peringatan di Pulau Brownsea, Pelabuhan Poole, England, memperingati kem Pengakap pertama.
Hasil daripada statusnya sebagai wira antarabangsa, didapati hasil daripada usaha gigihnya mempertahankan Mafeking ketika Pengepungan Mafeking "Siege of Mafeking", manual latihan tentera Baden-Powell, Aids to Scouting (Bantuan kepada Pengakap) (ditulis pada 1899 ) menjadi jualan utama dan digunakan oleh guru dan organisasi remaja.   
Pada 1906 , Ernest Thompson Seton menghantar satu salinan bukunya kepada Baden-Powell berjudul The Birchbark Roll of the Woodcraft Indians (Gelong Kulit kayu Birch mengenai Seni Rimba Indian). Seton, berbangsa Kanada kelahiran British tinggal di Amerika Syarikat , kemudiannya bertemu Baden-Powell dan mereka berkongsi idea mengenai program latihan remaja.          
Baden-Powell digalakkan untuk menulis semula Aids to Scouting untuk pembaca muda. Pada 1907 Baden-Powell telah menyiapkan draf bertajuk Boy Patrols . Pada tahun yang sama, untuk menguji sebahagian ideanya, Baden-Powell telah mengumpulkan 22 orang budak lelaki dari latar belakang sosial yang berlainan dan mengadakan perkhemahan selama seminggu, bermula 29 Julai , di Pulau Brownsea di Poole Harbour , Dorset , England . Kaedah organisasinya, sekarang dikenali sebagai Kaedah Patrol "Patrol Method", merupakan kunci kepada kaedah Pengakap, membenarkan kanak-kanak lelaki untuk menyusun diri mereka dalam kumpulan kecil dengan Ketua Patrol yang dilantik. Pada musim luruh 1907, selepas menerbitkan draf bukunya dan ekspedisi perkhemahan yang berjaya, Baden-Powell memulakan lawatan ceramah yang intensif yang diatur oleh penerbit bukunya, Pearsons, untuk mempromosi bukunya yang akan datang. Bermula Januari 1908 penerbitan pertamanya muncul sebagai enam ansuran dalam majalah budak lelaki yang diterbitkan dua kali sebulan.           
Bahagian tersebut kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku sebagai Scouting for Boys (Pengakap untuk Budak-budak Lelaki), pada masa sekarang dianggap sebagai edisi pertama Boy Scout Handbook (Buku Rujukan Pengakap). Pada masa itu Baden-Powell bermaksud buku tersebut akan memberikan idea untuk pertubuhan sedia ada, khususnya Boys 'Brigade . Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki membentuk patrol Pengakap secara spontan dan membanjiri Baden-Powell dangan permohonan untuk bantuan. Dengan cara ini pergerakan Pengakap muncul tanpa disengajakan dan terbentuk disebabkan pergerakkannya sendiri. Ketika Pergerakan Pengakap berkembang, Unit Pengakap Laut "Sea Scout" dan Pengakap Udara "Air Scout" ditambah kepada pilihan Pergerakan Pengakap. Baden-Powell tidak dapat menasihati kesemua remaja yang meminta bantuannya. Untuk memberikan pimpinan dewasa, latihan diperlukan. Lencana Rimba "Wood Badge" dimajukan untuk mengiktiraf latihan kepimpinan dewasa. Pada tahun 1919 Gilwell Park dibeli sebagai tapak latihan dewasa dan tapak perkhemahan Pengakap. Baden-Powell turut menulis buku untuk membantu pemimpin yang berjudul Aids to Scoutmastership (Panduan untuk Kemahiran Berpengakap).                
FMC Baden Powell , adik kepada BP memperkenalkan Pengakap Udara menjelang Perang Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini ia membantu England dalam kempen Battle of Britain.
Warrington Baden Powell , abang kepada BP memperkenalkan Pengakap Laut menjelang Perang Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini juga membantu England menjaga dan memerhati diperairan lautnya dengan bantuan unit tentera lautnya diperbatasan menjelang Perang Dunia Pertama

Kadet Remaja Sekolah & Tunas Kadet Remaja Sekolah
| 6:06 PTG | 0 comments

SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) ​​yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan
berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.

Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani, Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah, Kajang, Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet. Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA - PUTERI ISLAM (KPIM). Walau bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS)

* Penulis pernah bersama dengan Left. Kol KRS Anuar Dan Left. Kol. KRS Ahmad Farazilla semasa ujian kenaikan pangkat Mejar KRS di Morib pada 10/2012. Mereka berdua adalah panel penguji. Al-Fatihah kepada Allahyarham Mejar KRS Muhammad Thani Saaban .



Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh yang berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telah diiaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang Berhormat Dato 'Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur. 



SEJARAH PENUBUHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH 
(TKRS)


Barisan Sekretariat Kebangsaan. Dari Kanan;
Lt. Kol. Anuar, Lt. Kol. Ahmad Farazilla, Lt. Kol. Wan Mohd Ariffn Bin Wan Hussin dan Lt. Kol. Ali 
 
Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (perintis) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja    Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal (sekolah rendah). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah (TKRIS). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah. Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah secara rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato 'Noh b. Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006.


  3.0 Pengertian logo

3.1        Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala   yang tidak sihat.

3.2        Bulan dan bintang melambangkan  Agama Islam  sebagai agama rasmi Negara Malaysia.

3.3        Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.

3.4        Buku yang terbuka dan rehal     melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengiraketurunan dan kaum, agama dan latar    belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

3.5        Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.

3.6        Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.

3.7        Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia.

3.8        Warna putih melambangkan    keikhlasan serta kesucian.


4.0 Bendera


  

4.1 WARNA HIJAU MELAMBANGKAN

            a. Tunas muda / remaja yang masih boleh dibentuk.
            b. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.
            c. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS / TKRS.

         

4.2 COGAN KATA KRS / TKRS 'ILMU IMAN AMAL'

                       

             A. ILMU: ASAS KEINTELEKTUALAN DAN KETRAMPILAN AHLI KRS / TKRS.


             B. IMAN: keimanan yang mendalam merupakan asas

  PEMBINAAN DIRI.


C. AMAL: PENGHAYATAN DAN PERLAKUAN GAYA HIDUP SIHAT

  YANG BERTERUSAN merupakan natijah DARIPADA                     

  KEKUATAN INTELEKTUAL DAN DISIPLIN DIRI.


5.0 Elemen Kurikulum KRS / TKRS



Pergerakan Puteri Islam Malaysia
| 6:03 PTG | 0 comments



LATAR BELAKANG
ImagePergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Maktab Perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia. Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T.

SEJARAH PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama. Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin.
Tunku Kursiah
Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia.Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, 
Tengku Hajah Afzan
Universiti Kebangsaan Malaysia.Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM Pertama.Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987. Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf ‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun. Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia. Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital.
Datin Hajah Badiah
PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa. Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005.Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007 - 2009 & 2009 - 2011.

PENGERTIAN LOGO
  • Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulisPERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
  • Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di  dalamnya ditulis dengan huruf jawi Permulaan daripada  perkataan “PERGERAKAN PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif)
  • Di bawah logo ini tertulis perkataan :“PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri “PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin 
 PENGERTIAN WARNA
  • Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan
  • Hijau : Agama
  • Taqwa sebagai TERAS
  • Putih : Kesucian
  • Kuning : Kesetiaan dan ketaatan

Image
Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu, dan ditengah-tengah terdapat lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera.
Penggunaan :1) Setiap upacara rasmi 2) Tatacara Perjumpaan    

VISI PPIM

Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut :
  • Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam.
  • Mempunyai kesihatan diri dan mampu ;membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari
    segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal.
  • Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.  
MISI PPIM
  • Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui program- program yang dijalankan.
    • Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik.
    Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.

    LAGU